Sunday, September 14, 2008
RAHSIA TARIKH LAHIR...
Anda selalunya adalah seorang yang amat degil dan rajin. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
Watak anda susah untuk difahami. Kadangkala disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi anda lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihan pada orang lain. terkenal sebagai perayu dan sebab itulah diberi jolokan seniman asmara (.Pasangan ideal anda adalah 10hb).
Tarikh Lahir pada 10
Selalunya Pendiam, Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-cita. Dalam pergaulan sehari-hari merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu anda seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta sangat setia dan sebab itulah mudah disenangi. Tapi seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik sangat baik, memiliki ego yang tinggi, lembut hati, mudah memaafkan orang, penyayang, romantis, suka memendam rasa dan kadang kala susah untuk difahami.
Karektor yang lain adalah bersifat kepimpinan, perfectionist, high expectation di dalam apa yang dilakukan, selalu nak menang, sensitif, orang nampak dia sombong walaupun dia tidak sombong. Suka dipuji dan kadang2 tidak boleh diarah.
petua tarikh lahir, maksud tarikh lahir, makna tarikh lahir, rahsia tarikh lahir, tanda lahir, tanda-tanda lahir, mengenali pasangan dengan tarikh lahir, rahsia tarikh lahir.
Thursday, August 21, 2008
MANDI MALAM BOLEH SEBABKAN LUMPUH?
Mandi malam boleh sebabkan lumpuh?
rosli@kosmo.com.my
MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!
Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.
Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.
Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.
"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.
Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.
"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.
"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.
Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.
"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanyaSumber Harian kosmo...
Monday, June 23, 2008
KENAPA MULUT BERBAU BUSUK
PERNAHKAH anda mengalami mana-mana situasi yang berikut?
Mulut yang berbau memberi kesan pada kehidupan sosial dan profesional anda
Anda selalu mempunyai rasa kurang sedap dalam mulut sendiri
Orang akan selalunya melangkah ke belakang apabila bercakap dengan anda atau mengelak daripada berkomunikasi langsung dengan anda atau menutup hidung dan mulut bila berbicara dengan anda.
Seseorang pernah memberi komen tentang mulut anda yang berbau dan telah mempelawa atau memberi anda gula-gula pudina
Anda mengalami satu lapisan putih atau kuning di lidah anda
Jikalau jawapan anda ya, anda mungkin sedang mengalami masalah mulut berbau atau lebih dikenali sebagai halitosis.
Punca Mulut Berbau
Mulut berbau disebabkan oleh beberapa faktor. Bau kurang menyenangkan itu boleh datang dari masa ke semasa atau untuk jangka masa yang panjang, bergantung kepada puncanya.
Berjuta-juta bakteria hidup di dalam mulut, terutamanya di belakang lidah.
Bagi kebanyakan orang, bakteria itu adalah punca utama mulut berbau.
Keadaan mulut kita yang suam dan lembap menjadikan ia tempat yang ideal bagi pertumbuhan bakteria.
Kebanyakan masalah mulut berbau disebabkan oleh sesuatu di dalam mulut.
Mulut berbau boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
*Penjagaan kebersihan mulut yang lemah - Jarang memberus gigi dan tidak memberus gigi dengan betul akan mengakibatkan sisa-sisa makanan mereput di dalam mulut.
Jangkitan di dalam mulut - Periodontal (masalah gusi)
Jangkitan saluran respirasi - Tekak, resdung atau masalah paru-paru
Agen luaran - Bawang putih, bawang, kopi, merokok dan mengunyah tembakau
Mulut kering (xerostomia) - Disebabkan oleh masalah penghasilan air liur yang tidak betul, pengambilan ubat tertentu atau 'pernafasan mulut'
Penyakit sistemik (keseluruhan badan) -l Kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru, resdung, penyakit 'refluks' dan lain-lain.
Mencegah mulut berbau
Mulut berbau yang disebabkan oleh masalah dental boleh dicegah dengan mudah melalui penjagaan di rumah dan secara profesional.
Ini bermakna:
Memberus gigi anda selepas setiap kali makan dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk menanggalkan sisa makanan dan plak.
Memberus lidah anda juga, sebaik-baiknya menggunakan berus gigi yang mengandungi pembersih lidah.
Menggunakan flos gigi atau alat untuk mencuci ruangan di celah gigi sekali setiap hari.
Menggunakan cecair pencuci mulut bagi memastikan mulut anda sentiasa rasa bersih dan nafas anda segar setiap masa.
Kerap mengunjungi doktor gigi (sekurang-kurangnya dua kali setahun) untuk membuat pemeriksaan dan pembersihan gigi.
Jika anda rasa mulut sentiasa berbau, catatkan makanan yang anda makan dan senaraikan jenis ubatan yang anda ambil.
Sesetengah ubat mungkin boleh jadi punca mulut berbau.
Maklumkan kepada doktor gigi anda jika anda telah melakukan sebarang pembedahan atau mendapat penyakit sejak temu janji anda yang terakhir.
Anda juga boleh mencegah mulut berbau dengan minum lebih banyak air setiap hari untuk menolong badan menghasilkan air liur.
Setiap tegukan air melalui mulut sedikit sebanyak boleh melonggarkan serpihan makanan dalam mulut.
Produk-produk lain yang boleh membantu menyegarkan mulut dan mencegah pembentukkan plak adalah termasuk:
Gula-gula tanpa gula
Gula-gula pudina tanpa gula
Lobak mentah
Salari
Sumber dari akhbar kosmo
mulut berbau, kenapa mulut berbau, petua menghilangkan bau mulut, petua mewangikan mulut, mengelakkan mulut berbau, mulut busuk, mulut berbau bangkai, kenapa mulut busuk, cara mengatasi mulut berbau, petua menghilangkan bau mulut.
TANDA -TANDA SAKIT
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses
penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak
pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Kalau Sakit Sendi
i) Terasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING / SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. RASA PENING / SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. KALAU BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KALAU KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus
besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJISYANG BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS YANG BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) TERASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Rasa Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Rasa Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) APABILA BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BILA BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT , Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB,
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
tanda-tanda sakit, tanda sakit, tanda anda sakit, cara mengelakkan sakit, tips mengelakkan penyakit, petua menghilangkan penyakit, tanda sakit lelaki, tanda sakit perempuan, tanda sakit yang nampak, tanda orang sakit, tanda-tanda sakit datang, tanda berpenyakit, tanda-tanda sakit dan tanda tanda sakit, sakit dan tanda. sakit dan tanda-tanda, tanda sakit lelaki, tanda sakit perempuan, tanda sakit berulang, tanda sakit tanda sakit, tanda sakit jantung, tanda sakit hati, tanda sakit mata, tanda sakit dalaman, tanda sakit luaran, tanda sakit buah pinggang.