Tuesday, April 9, 2013

Gastrik , kanser usus, dan cara rawatan alternatif : kenapa perut sakit, berangin, rasa terbakar dan tidak selesa

Tahun 2012 yang lalu beberapa minggu sebelum puasa saya makan Durian agak banyak. Kemudian cempedak goreng setiap hari. Ini kerana dua buah-buahan itu kegemaran saya. Kebetulan musim buah menjadi2 dikeliling rumah, satu hari sebaik bangun tidur perut terasa sakit. Kembong dan banyak angin. Saya menyangka sakit perut biasa. Namun selepas 3 hari masih tidak hilang. Malah terasa seperti terbakar.

Saya kelinik. Doktor beri ubat angin dan antibiotik. Sebaik habis ubat dimakan, sakit masih tidak hilang. Terutama ketika perut kosong. Lalu saya gunakan khidmat encik Google. Baru saya tahu penyakit saya ini sebenarnya Gastrik. Terimakasih pada sesiapa yang berkongsi maklumat yang sangat berguna itu. Ada pahala tu. Kerana itu saya juga ingin berkongsi pengalaman saya menghilangkan penyakit ini.

Pertamanya anda kena pantang makanan2 ini.
1-Semua makanan banyak angin seperti Durian, cempedak, nangka dan banyak lagi.
2-Semua makanan pedas2
3-Makanan yang masam2

Keduanya amalkan ini

1-Minum susu segar lembu/kambing, atau susu tepung full creem tanpa gula sebelah pagi, tengahari, petang dan malam.

Saya amalkan ini selama dua minggu iaitu sampai sakit saya hilang. Akhirnya bila tiba bulan puasa saya dapat amalkan ibadah itu tanpa masaalah. Hari raya saya dapat menikmati makanan pedas2 tanpa bimbang rasa sakit berulang.

Tapi beberapa bulan kemudian sakit saya datang lagi. Ianya terjadi selepas saya makan nasi berlaukkan sambal petai yang pedas. Seperti sebelumnya saya pantang semula makanan pedas2 dan amalkan minum susu. Malangnya masih tidak sembuh. Kerana itu saya tidak makan lagi makanan pedas2 dan berangin. Kerana perut rasa seperti berangin dan terbakar. Saya bimbang penyakit lain yang menyerang kerana perut masih sakit. Sekali lagi saya gunakan khidmat encik Google. Namun jawapannya menakutkan. Kebarangkalian kanser usus peringkat permulaan. Mungkin sebab itu susu pun tak berkesan lagi malah bertambah sakit.

Kebetulan saya kekedai  pada satu malam, ternampak minuman vitagen dan yakult. Saya tahu kedua2 baik untuk perut. Saya beli dua2 pilih yang kurang gula. Saya beli buah betik masak. Selepas minum minuman itu sebotol setiap hari dan makan betik. Sakit saya beransur hilang. Hanya dua hari selepas itu dan sehingga kehari ini. Alhamdulillah kembali sihat. Dan saya masih meneruskan makan betik, minum vitagen dan yakult setiap hari sebagai amalan. Tidak pasti samaada betik, atau dua2 minuman itu yang mujarab.

Kesimpulannya jangan amalkan makanan terlalu pedas, masam dan berangin. Sikit2 dan sekali sekala tak apa kut.  Kalau terkena gastrik boleh amalkan seperti petua pertama. Kalau masih tak sembuh cuba petua yang kedua pula. InsyaAllah sembuh macam saya. Terima kasih mudah2an ada yang dapat faedah kesihatan dari artikel ini. Wslm...

( Perhatian...Anda boleh copy paste maklumat ini jika berguna, andainya mahu diberi kredit Alhamdulillah. Tapi kalau tak bagi pun tak apa )






Tuesday, September 15, 2009

KENAPA SUAMI ANDA BERSIKAP DINGIN


Bukan semua lelaki sentiasa bersedia maupun berupaya utk melakukan seks setiap kali diminta oleh isterinya.

Lelaki akan cukup bertindakbalas dan menegangkan penisnya sewaktu dirinya benar2 bersedia. Sebagai isteri anda juga perlu memahami situasi suami sekiranya anda dapati ada sesekali kemampuannya tidak seperti yg diingini. Lelaki akan cuba bertindakbalas sekiranya...


Kemungkinan...

Dia tidak terlalu penat

Dia dalam keadaan yg selesa iaitu tidak menghadapi sebarang penyakit seperti
sakit kepala atau pun sakit pinggang.


Emosinya stabil dan tidak terganggu.


Dia tidak berada dalam situasi seperti marah, risau, kecewa dan rendah diri.


Dia tertarik dengan penampilan anda pada malam itu. Tidak wujud perasaan
mengenai kemampuannya dalam bersenggama.


Tidak wujud tekanan dalam perhubungan, contohnya pertengkaran.


Tiada gangguan persekitaran seperti tiada gangguan telefon ataupun didengari
oleh orang berhampiran.


Tidak mengambil dadah atau minum arak berlebihan. Lelaki yg mempunyai
masalah zakar kurang tegang perlu menjauhi diri daripada arak dan dadah.

kenapa lelaki bersikap dingin, kenapa lelaki dingin, kenapa suami bersikap dingin, kenapa nafsu suami berkurangan, kenapa suami tak minat isteri, kenapa lelaki tak suka perempuan, mengapa lelaki menjauhi isteri, tanda-tanda lelaki tak suka perempuan, tanda suami tak suka isteri, tanda suami bersikap dingin, tanda suami jemu, tanda-tanda suami jemu, mengelakkan suami jemu, memahami sifar jemu suami, mengapa suami jemu pada isteri, petua mengelakkan suami jemu pada isteri.






Ciri-ciri lelaki yang disukai wanita

Ciri-ciri lelaki yang berkemungkinan besar disukai wanita

Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki


Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.


Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.


Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.


Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.


Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.


Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.


Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.


Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.


Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.


Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.


Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.


Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.


Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya

ciri-ciri lelaki yang disukai wanita, ciri-ciri lelaki sejati, cii-ciri lelaki tulin, lelaki yang disukai wanira, lelaki yang disukai perempuan, lelaki yang digilai wanita, ciri lelaki idaman, ciri-ciri lelaki idaman wanita.

PETUA KESIHATAN LELAKI


Tentang masaalah lelaki Dalam penjagaan kesihatan , terutama berkenaan tenaga batin, atau masaalah lemah tenaga batin, masih lagi terdapat segelintir bahkan kebanyakan lelaki yg tidak mahu mengambil berat dan terus memandang remeh perkara akan ini. Mungkin ramai lelaki yg tidak mengetahui bahawa tabiat biasa yg sering dilakukan oleh mereka akan memberi kesan terhadap keupayaan mereka nanti.

Ada Sesetengah yang membawa kesan serta merta dan ada yg mengambil masa yang panjang. Pelbagai petua dan pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu khusus bagi menjaga kesihatan batin ini. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu. Di sini diperturunkan beberapa petua lama yg sangat-sangat berguna.


Antaranya ialah

Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri. Batang zakar harus sentiasa panas.


Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).

Elakkan amalan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yg sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar. Tindihan dari paha dan lutut yg sejuk membantutkan aliran.

Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.

Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

Kurangkan dari memakan pisang Embun.

Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar

Tidak juga digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air.

Selepas anda melakukan hubungan kelamin, rehat dulu 15 minit. Kemudian barulah minum air.

Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk. Bahaya tu.

Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

Jangan cuba melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.

Jangan biasakan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga. ( saya tak tau kenapa, ini orang-orang lama tau )

Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

Jika boleh elakkan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

petua kesihatan untuk lelaki, petua kesihatan tenaga batin lelaki, petua lelaki, petua-petua lelaki, lelaki dan seks, seks lelaki, pantang larang lelaki, petua pantang larang lelaki, petua seks lelaki, petua kekuatan tenaga batin lelaki, petua-petua lelaki, petua-petua untuk lelaki, kebaikan urut batin, urutan batin lelaki, lelaki dan masaalah tenaga batin, kesihatan batin lelaki, masaalah lelaki, masaalah-masaalah lelaki, petua dan pantang larang lelaki, lubuk petua lelaki, petua dan lelaki, lelaki dan petua, petua-petua lelaki kini, petua lelaki dulu kala, petua lama, petua orang tua, petua-petua dan petua-petua, petua petua petua, petua lelaki petua lelaki, petua kini.

Sunday, September 14, 2008

RAHSIA TARIKH LAHIR...

Tarikh Lahir pada 22

Anda selalunya adalah seorang yang amat degil dan rajin. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.


Watak anda susah untuk difahami. Kadangkala disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi anda lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihan pada orang lain. terkenal sebagai perayu dan sebab itulah diberi jolokan seniman asmara (.
Pasangan ideal anda adalah 10hb).


Tarikh Lahir pada 10
Selalunya Pendiam, Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-cita. Dalam pergaulan sehari-hari merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu anda seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta sangat setia dan sebab itulah mudah disenangi. Tapi seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik sangat baik, memiliki ego yang tinggi, lembut hati, mudah memaafkan orang, penyayang, romantis, suka memendam rasa dan kadang kala susah untuk difahami.

Karektor yang lain adalah bersifat kepimpinan, perfectionist, high expectation di dalam apa yang dilakukan, selalu nak menang, sensitif, orang nampak dia sombong walaupun dia tidak sombong. Suka dipuji dan kadang2 tidak boleh diarah.

petua tarikh lahir, maksud tarikh lahir, makna tarikh lahir, rahsia tarikh lahir, tanda lahir, tanda-tanda lahir, mengenali pasangan dengan tarikh lahir, rahsia tarikh lahir.

Thursday, August 21, 2008

MANDI MALAM BOLEH SEBABKAN LUMPUH?

Mandi malam boleh sebabkan lumpuh?


UMAR membetulkan kedudukan bantal isterinya, Asnah di Bukit Lintang, Melaka semalam.


MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!

Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.

Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.

Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.

"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.

Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.

"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.

"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.

Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.

"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya

Sumber Harian kosmo...

Monday, June 23, 2008

KENAPA MULUT BERBAU BUSUK

PERNAHKAH anda mengalami mana-mana situasi yang berikut?

Mulut yang berbau memberi kesan pada kehidupan sosial dan profesional anda

Anda selalu mempunyai rasa kurang sedap dalam mulut sendiri

Orang akan selalunya melangkah ke belakang apabila bercakap dengan anda atau mengelak daripada berkomunikasi langsung dengan anda atau menutup hidung dan mulut bila berbicara dengan anda.

Seseorang pernah memberi komen tentang mulut anda yang berbau dan telah mempelawa atau memberi anda gula-gula pudina

Anda mengalami satu lapisan putih atau kuning di lidah anda

Jikalau jawapan anda ya, anda mungkin sedang mengalami masalah mulut berbau atau lebih dikenali sebagai halitosis.

Punca Mulut Berbau

Mulut berbau disebabkan oleh beberapa faktor. Bau kurang menyenangkan itu boleh datang dari masa ke semasa atau untuk jangka masa yang panjang, bergantung kepada puncanya.

Berjuta-juta bakteria hidup di dalam mulut, terutamanya di belakang lidah.

Bagi kebanyakan orang, bakteria itu adalah punca utama mulut berbau.

Keadaan mulut kita yang suam dan lembap menjadikan ia tempat yang ideal bagi pertumbuhan bakteria.

Kebanyakan masalah mulut berbau disebabkan oleh sesuatu di dalam mulut.

Mulut berbau boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

*Penjagaan kebersihan mulut yang lemah - Jarang memberus gigi dan tidak memberus gigi dengan betul akan mengakibatkan sisa-sisa makanan mereput di dalam mulut.

Jangkitan di dalam mulut - Periodontal (masalah gusi)

Jangkitan saluran respirasi - Tekak, resdung atau masalah paru-paru

Agen luaran - Bawang putih, bawang, kopi, merokok dan mengunyah tembakau

Mulut kering (xerostomia) - Disebabkan oleh masalah penghasilan air liur yang tidak betul, pengambilan ubat tertentu atau 'pernafasan mulut'

Penyakit sistemik (keseluruhan badan) -l Kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru, resdung, penyakit 'refluks' dan lain-lain.

Mencegah mulut berbau

Mulut berbau yang disebabkan oleh masalah dental boleh dicegah dengan mudah melalui penjagaan di rumah dan secara profesional.

Ini bermakna:

Memberus gigi anda selepas setiap kali makan dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk menanggalkan sisa makanan dan plak.

Memberus lidah anda juga, sebaik-baiknya menggunakan berus gigi yang mengandungi pembersih lidah.

Menggunakan flos gigi atau alat untuk mencuci ruangan di celah gigi sekali setiap hari.

Menggunakan cecair pencuci mulut bagi memastikan mulut anda sentiasa rasa bersih dan nafas anda segar setiap masa.

Kerap mengunjungi doktor gigi (sekurang-kurangnya dua kali setahun) untuk membuat pemeriksaan dan pembersihan gigi.

Jika anda rasa mulut sentiasa berbau, catatkan makanan yang anda makan dan senaraikan jenis ubatan yang anda ambil.

Sesetengah ubat mungkin boleh jadi punca mulut berbau.

Maklumkan kepada doktor gigi anda jika anda telah melakukan sebarang pembedahan atau mendapat penyakit sejak temu janji anda yang terakhir.

Anda juga boleh mencegah mulut berbau dengan minum lebih banyak air setiap hari untuk menolong badan menghasilkan air liur.

Setiap tegukan air melalui mulut sedikit sebanyak boleh melonggarkan serpihan makanan dalam mulut.

Produk-produk lain yang boleh membantu menyegarkan mulut dan mencegah pembentukkan plak adalah termasuk:

Gula-gula tanpa gula

Gula-gula pudina tanpa gula

Lobak mentah

Salari

Sumber dari akhbar kosmo

mulut berbau, kenapa mulut berbau, petua menghilangkan bau mulut, petua mewangikan mulut, mengelakkan mulut berbau, mulut busuk, mulut berbau bangkai, kenapa mulut busuk, cara mengatasi mulut berbau, petua menghilangkan bau mulut.

TANDA -TANDA SAKIT

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda ...

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses
penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. Batuk

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak
pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat

a. Sistem penghadaman yang lemah.

b. Perut mengandungi angin.

c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Kalau Sakit Sendi

i) Terasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.


b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.


c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.


d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.


e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.


f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.


g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.


) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN


A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.


B. PENING / SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.


C. RASA PENING / SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.


D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. KALAU BISUL TERJADI DI KEPALA

Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.


F. RASA PENING YANG MEMUSING

Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KALAU KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus
besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJISYANG BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS YANG BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) TERASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Rasa Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Rasa Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) APABILA BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BILA BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT , Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB,

i) Sistem jantung yang lemah.


ii) Sistem saraf otak yang lemah.

iii) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

tanda-tanda sakit, tanda sakit, tanda anda sakit, cara mengelakkan sakit, tips mengelakkan penyakit, petua menghilangkan penyakit, tanda sakit lelaki, tanda sakit perempuan, tanda sakit yang nampak, tanda orang sakit, tanda-tanda sakit datang, tanda berpenyakit, tanda-tanda sakit dan tanda tanda sakit, sakit dan tanda. sakit dan tanda-tanda, tanda sakit lelaki, tanda sakit perempuan, tanda sakit berulang, tanda sakit tanda sakit, tanda sakit jantung, tanda sakit hati, tanda sakit mata, tanda sakit dalaman, tanda sakit luaran, tanda sakit buah pinggang.