Tuesday, April 9, 2013

Gastrik , kanser usus, dan cara rawatan alternatif : kenapa perut sakit, berangin, rasa terbakar dan tidak selesa

Tahun 2012 yang lalu beberapa minggu sebelum puasa saya makan Durian agak banyak. Kemudian cempedak goreng setiap hari. Ini kerana dua buah-buahan itu kegemaran saya. Kebetulan musim buah menjadi2 dikeliling rumah, satu hari sebaik bangun tidur perut terasa sakit. Kembong dan banyak angin. Saya menyangka sakit perut biasa. Namun selepas 3 hari masih tidak hilang. Malah terasa seperti terbakar.

Saya kelinik. Doktor beri ubat angin dan antibiotik. Sebaik habis ubat dimakan, sakit masih tidak hilang. Terutama ketika perut kosong. Lalu saya gunakan khidmat encik Google. Baru saya tahu penyakit saya ini sebenarnya Gastrik. Terimakasih pada sesiapa yang berkongsi maklumat yang sangat berguna itu. Ada pahala tu. Kerana itu saya juga ingin berkongsi pengalaman saya menghilangkan penyakit ini.

Pertamanya anda kena pantang makanan2 ini.
1-Semua makanan banyak angin seperti Durian, cempedak, nangka dan banyak lagi.
2-Semua makanan pedas2
3-Makanan yang masam2

Keduanya amalkan ini

1-Minum susu segar lembu/kambing, atau susu tepung full creem tanpa gula sebelah pagi, tengahari, petang dan malam.

Saya amalkan ini selama dua minggu iaitu sampai sakit saya hilang. Akhirnya bila tiba bulan puasa saya dapat amalkan ibadah itu tanpa masaalah. Hari raya saya dapat menikmati makanan pedas2 tanpa bimbang rasa sakit berulang.

Tapi beberapa bulan kemudian sakit saya datang lagi. Ianya terjadi selepas saya makan nasi berlaukkan sambal petai yang pedas. Seperti sebelumnya saya pantang semula makanan pedas2 dan amalkan minum susu. Malangnya masih tidak sembuh. Kerana itu saya tidak makan lagi makanan pedas2 dan berangin. Kerana perut rasa seperti berangin dan terbakar. Saya bimbang penyakit lain yang menyerang kerana perut masih sakit. Sekali lagi saya gunakan khidmat encik Google. Namun jawapannya menakutkan. Kebarangkalian kanser usus peringkat permulaan. Mungkin sebab itu susu pun tak berkesan lagi malah bertambah sakit.

Kebetulan saya kekedai  pada satu malam, ternampak minuman vitagen dan yakult. Saya tahu kedua2 baik untuk perut. Saya beli dua2 pilih yang kurang gula. Saya beli buah betik masak. Selepas minum minuman itu sebotol setiap hari dan makan betik. Sakit saya beransur hilang. Hanya dua hari selepas itu dan sehingga kehari ini. Alhamdulillah kembali sihat. Dan saya masih meneruskan makan betik, minum vitagen dan yakult setiap hari sebagai amalan. Tidak pasti samaada betik, atau dua2 minuman itu yang mujarab.

Kesimpulannya jangan amalkan makanan terlalu pedas, masam dan berangin. Sikit2 dan sekali sekala tak apa kut.  Kalau terkena gastrik boleh amalkan seperti petua pertama. Kalau masih tak sembuh cuba petua yang kedua pula. InsyaAllah sembuh macam saya. Terima kasih mudah2an ada yang dapat faedah kesihatan dari artikel ini. Wslm...

( Perhatian...Anda boleh copy paste maklumat ini jika berguna, andainya mahu diberi kredit Alhamdulillah. Tapi kalau tak bagi pun tak apa )